Sunday, June 20, 2010

rindu akhwat

Bismillah.

Masa berlalu begitu pantas sekali. Sedar tak sedar sudah hampir setahun aku berada di kampus, tinggal setahun saja lagi untuk habis belajar (insyaallah). Hari ini juga genap 24 hari aku tinggal di kolej kediaman pelajar. Sebelum ini tinggal di rumah sewa bersama akhwat.

Dalam kesibukan akademik, hati ini sangat merindui housemate merangkap teman-teman seperjuangan yang sudah lama tak bertemu. Ah, ada saja alasan aku. Bukannya aku tak boleh memecut motor ke rumah akhwat pun. Asif jiddan akhwati, walaupun dah lama tidak bersua, hati ini sentiasa merindui antunna. Always :)

Subhanallah teringat suasana di rumah dulu. Meriah. Makan dalam talam, solat berjemaah, tazkirah subuh, tidur beramai-ramai atas toto, qiamullail setiap hari, shopping beli tudung sama-sama kat tewah, Mi-nes. Memori indah.

Kini, aku ada 'komitmen' yang memerlukan aku untuk tinggal di kolej. Sunyi dari keriuhan dan kekecohan akhwat kadangkala buat diri ini termenung rindu..Ish. Kini, tiada usikan dan dengar bebelan akhwat macam dulu. Hanya sms pengubat rindu.

Aku tujukan lagu ini buat akhwat yang sangat dirindui. Bait-bait lirik ni buat aku teringat akhwat saat awal-awal ditarbiyah dulu. Hayatilah.

.
.
..
FUTUR nyanyian Fatih (acapella)


Kadangku merasa bimbang
Berada didunia yang lapang ini
Sampai kapan aku berjuang
Dijalan dakwah panjang

Takutku akan semua
Semua yang takkan berlanjut lagi
Hanya karna memikirkan
Nafsu dunia yang fana

Rasa futurku menghalangiku
Menempuh semua perjalanan imanku
Akupun ingat semua teman-temanku
Yang masih coba membimbingku 
.

.

.
.
.

."Buat akhwat, jazakallah atas segala perhatian dan kasih sayang antunna. Asif jiddan atas segala kelemahan diri jika pernah melukakan hati antunna sepanjang perkenalan. Ana uhibbukifillah..." - hatibertasbih
.Glosari :
Futur = lemah iman @ 'down'
Akhwat = saudara perempuan (my sahibah)
Antunna = kamu
Ana = saya
Uhibbukifillah = sayang kerana Allah
Asif jiddan = mohon maaf sangat

3 comments:

  1. terkadang kita merasa sahibah la yg menyuburkan iman. terkadang juga mrk pybab kita futur..apa yg ptg jgn jdkan faktor external menguasai diri. bina dalaman kt sekukuhnya sup apa sahaja angin yg bertiup mampu kt pertahankan dr tertumbang krn akar kt adalah akat iman & takwa..salam sayang.muah!

    ReplyDelete
  2. salam ukhti,jzk khoir atas peringatan.insyaAllah moga internal factor @ tarbiyah tzatiyah kita btambah baik dan baik setiap hari.doa ana tidak putus agar Allah tetapkan hati ini dan sahibah terus istiqamah dan istimrar.

    baru nak 'panaskan enjin' blog ni agar lebih bermanfaat buat diri dan siapa2 yg sudi singgah.hehe.teguran ukhti amat2 dialu2kan.

    muah2!

    ReplyDelete
  3. salam kenal dari indonesia.

    membaca ini, saya pun rindu dengan teman teman akhwat semasa kuliah dulu

    ReplyDelete