Showing posts with label ukhwah. Show all posts
Showing posts with label ukhwah. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

rindu akhwat

Bismillah.

Masa berlalu begitu pantas sekali. Sedar tak sedar sudah hampir setahun aku berada di kampus, tinggal setahun saja lagi untuk habis belajar (insyaallah). Hari ini juga genap 24 hari aku tinggal di kolej kediaman pelajar. Sebelum ini tinggal di rumah sewa bersama akhwat.

Dalam kesibukan akademik, hati ini sangat merindui housemate merangkap teman-teman seperjuangan yang sudah lama tak bertemu. Ah, ada saja alasan aku. Bukannya aku tak boleh memecut motor ke rumah akhwat pun. Asif jiddan akhwati, walaupun dah lama tidak bersua, hati ini sentiasa merindui antunna. Always :)

Subhanallah teringat suasana di rumah dulu. Meriah. Makan dalam talam, solat berjemaah, tazkirah subuh, tidur beramai-ramai atas toto, qiamullail setiap hari, shopping beli tudung sama-sama kat tewah, Mi-nes. Memori indah.

Kini, aku ada 'komitmen' yang memerlukan aku untuk tinggal di kolej. Sunyi dari keriuhan dan kekecohan akhwat kadangkala buat diri ini termenung rindu..Ish. Kini, tiada usikan dan dengar bebelan akhwat macam dulu. Hanya sms pengubat rindu.

Aku tujukan lagu ini buat akhwat yang sangat dirindui. Bait-bait lirik ni buat aku teringat akhwat saat awal-awal ditarbiyah dulu. Hayatilah.

.
.
..
FUTUR nyanyian Fatih (acapella)


Kadangku merasa bimbang
Berada didunia yang lapang ini
Sampai kapan aku berjuang
Dijalan dakwah panjang

Takutku akan semua
Semua yang takkan berlanjut lagi
Hanya karna memikirkan
Nafsu dunia yang fana

Rasa futurku menghalangiku
Menempuh semua perjalanan imanku
Akupun ingat semua teman-temanku
Yang masih coba membimbingku 
.

.

.
.
.

."Buat akhwat, jazakallah atas segala perhatian dan kasih sayang antunna. Asif jiddan atas segala kelemahan diri jika pernah melukakan hati antunna sepanjang perkenalan. Ana uhibbukifillah..." - hatibertasbih
.Glosari :
Futur = lemah iman @ 'down'
Akhwat = saudara perempuan (my sahibah)
Antunna = kamu
Ana = saya
Uhibbukifillah = sayang kerana Allah
Asif jiddan = mohon maaf sangat

Tuesday, September 29, 2009

maafkan aku, ukhti

Maafkan aku, Ukhti
.
.
.




Oh Tuhan Yang Menciptakan
Kenapa dengan diriku?
Ku fikir pertemuan dengan tarbiyahMU
Menghalang amarah dari menerjah egoku
Rupa-rupanya diri tak segagah itu

Oh Tuhan Yang Menciptakan
Terasa besar ujianMU ini
Kudrat ku tak bisa memikul pedih amarah yang menyesakkan diri
Sanggup melukakan sekeping hati suci
Maafkanlah diri ini ukhti

Oh Tuhan Yang Menciptakan
Kembalikan padaku kewarasan
Kerna ukhti itu amat ku cintakan
Namun bibir tak daya menuturkan
Dan tindak sukar menzahirkan

Oh Tuhan Yang Menciptakan
Layangkan salam cintaku pada ukhti
Hadirkan untuknya sang pemberi senyuman sejati
Kerna mungkin tiada mampu buat diri
Untuk tidak melukakan ukhti lagi

Oh Tuhan Yang Menciptakan
Bawakan semula segala kenangan
Kepedihanku dan ukhti akan bisa diubatkan
Jauh dari bisikan godaan si syaitan
Agar jalan dakwah yang kian subur tak digugatkan

Oh Tuhan Yang Menciptakan
Ampunkan hamba hina ini
Berilah peluang terus mentarbiyah diri
Doaku tiada putus tiada henti
Agar ukhwah bersama ukhti tersimpul rapi kembali

-hatibertasbih-




Bismillah
Coretan 10.20 pagi, 29 September 09, Fakulti Sains, UPM.
Ampunkanku Ya Rabb, maafkanku duhai ukhti.


(Tak sangka dikala emosi tak stabil dapat hasil curahan sebegini. Biarlah ia menjadi memori. Waktu ni virus-virus dah serang ukhwah saya dan dia. Sekarang dah ok ;p)