Thursday, October 1, 2009

sayangi, dakwahilah orang yang tersayang..

Tersebutlah al-kisah 4 Julai 2009 lepas, di rumah sewaku, tengah hari,
Sedang Caca (bukan nama sebenar) rancak berborak dengan housemate,Tetiba..
Ringtone lagu kumpulan mychemicalromance dalam hp Caca berbunyi..
Tertera nama ‘My Umi’.
..
.Caca : Assalamualaikum Umi.
Umi : Waalaikumussalam. Along kat mane sekarang?
Caca : Kat rumah sewa ni ha.
Umi : Kat rumah ngan siape sekarang ni?
Caca : Ni hah ada tiga housemate.
Umi : Along tahu tak pasal budak UKM terjun bangunan semalam? (cuak)
Caca : Err, ape Umi?
Umi : Ala..Pasal budak U terjun bangunan tu. Kenape la erk agaknye dia terjun bangunan?
Caca : Entah ler erk. Stress kut Umi. Along dgr gak radio td pagi kate yg dia kene kejar lembage. Dah ler sekarang tgh cuti sem Umi. Tak ramai org kat kolej biasanye.
Umi : Along tu jgn terjun bangunan sudah!
Caca : Pulak?? (geli hati..). Apasal pulak nak terjun bangunan Umi? Bukan Along stress pun. Ala, jgn risau la Umi. Along dah betul-betul yakin nak sambung master ni. Dah takde pening-pening dah. Umi doakan je.
Mak : Iyelah Umi doakan. Tapi Along jgn terjun bangunan tau. Kalo rase nak terjun je, Along balik rumah dulu. Umi terima Along seadanya.
Caca : Lor..Kalau dah terjun dulu baru balik, boleh Umi? Hehe..
Umi : Along jgn nak mengada-ada. Korang due ketul je anak Umi.
Caca : Iyelah. Umi jgn risau la...
..
.
Begitulah kisah si Caca dengan Uminya. Seorang ibu yang risau jika anaknya berniat terjun bangunan akibat tekanan. Gara-gara berita tergempar seorang pelajar wanita UKM meninggal dunia jatuh bangunan.
..
.Tapi Caca dan arwah bukan isunya di sini. Isunya adalah 'Umi'. Boleh nampak bagaimana ekspresi kasih sayang seorang ibu dalam perbualan di atas? Sesetengah keluarga jarang ungkap bahasa-bahasa indah ‘emak abah sayang kamu’, jarang mengucup dahi atau memberi sentuhan menunjukkan kasih sayang kepada anak mereka. Actually, it same goes to my family. Tapi aku tahu mak abah jauh mencintai kami lebih dari ungkapan-ungkapan itu dengan bahasa badan dan kata-kata yang jauh lebih ‘indah’ buat kami. Hew~
..
.
.
Gambar keluarga bermaafan pada AIDILFTRI 2008
.
..
Cuba fikirkan apa yang telah kita lakukan untuk keluarga sendiri? Untuk diri sendiri, alhamdulillah semakin hari diri ini diberi sedikit demi sedikit kekuatan oleh Allah SWT. untuk dakwahi keluarga sendiri ketika berada di rumah. Dakwah bermaksud menyeru/mengajak kepada perkara kebaikan. Mendakwahi keluarga dengan latar belakang yang kurang fikrah islami adalah satu cabaran bagi sesiapa pun. Ini saja mungkin peluang yang aku ada sebagai tanda syukur pada Allah atas nikmat tarbiyah yang aku dapat.
.
..
Menyentuh hati ahli keluarga adalah langkah awal yang perlu dilakukan. Memang sukar sebab itu mungkin bukan perkara kebiasaan kita lakukan dari dulu. Tapi, kita sendiri yang perlu memulakannya jika mahukan perubahan yang lebih baik dalam keluarga. Bukanlah masyarakat muslim itu hanya wujud jika adanya keluarga benar-benar mengamalkan ciri-ciri muslim? Jadi, mulakan! Moga negara kita akan datang terdiri dari masyarakat muslim sebenar.
.
.
.
.
I.M.A.N bukan untuk diwarisi tetapi untuk dicari
.
.
Walaupun jarak memisahkan, kita perlulah kerap berhubung dengan ahli keluarga call, SMS, chat atau facebook sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk tanya perkembangan masing-masing.
.
Bila di rumah pula kena rajin ambil hati. Kena ringan tulang. Tidak boleh jadi paling pemalas ;)
.
Sentiasa berdoa pada Allah untuk ikat hati ahli keluarga. Allah yang pegang hati-hati kita.
.
Bila bersalaman, bersalam dengan penuh kasih sayang dan kalau dapat bagi kucupan pipi lagi baik.
.
Belajarlah untuk pendengar yang baik.
.
Nah, hasilnya mereka akan semakin rapat dan tsiqoh (percaya). InsyaAllah komunikasi pun akan lebih baik dari sebelumnya, alhamdulillah.




"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah kamu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, dan keras..."

[At-Tahrim (66):6]
.
..
.
Dalil di atas cukup memberi kesan pada aku. Apa yang aku mahukan adalah agar keluarga menyedari bahawa di dunia ini hanyalah persinggahan, tempah kita sebenar adalah di akhirat. Dan perlunya 'bekalan amalan' untuk survive di akhirat kelak.
.
.
Banyak ujian dalam mendakwahi keluarga, tapi semua itu tidak akan mematahkan semangat untuk tanam benih fikrah islam agar terus dan terus bercambah menghasilkan buah-buah ranum sebagai tanda cinta pada Allah Yang Esa. Jika diikutkan logik akal, memang tidak mampu untuk mendakwahi mereka seorang diri. Namun, kebergantungan pada Allah perlu tinggi. Allahuakbar!
.
.
Aku ingin;
.
1) Menjadikan solat berjemaah dalam keluarga sebagai kebiasaan.

.
2) Ada mini library yang memuatkan buku-buku agama di rumah.

.
3) Ada syuro/liqo’(meeting) keluarga setiap bulan.

.
4) Usrah untuk kami sekeluarga.

.
..
YAKIN! Allahummaamin~
.
.
Tentang kes remaja wanita yang meninggal dunia akibat terjun bangunan di UKM. Ada macam-macam versi cerita yang aku dengar tentang arwah. Hanya Allah saja yang tahu sebab kematiannya kerana mayat arwah hanya ditemui oleh tukang sapu waktu pagi keesokkan harinya. Innalillahi wainna ilahi roji’un. Hanya mampu sedekahkan al-Fatihah dan mendoakan agar roh arwah bersama roh orang-orang soleh. Semoga keluarga arwah juga diberi kekuatan atas ujian yang berlaku. (Al-Fatihah..).
.
.
.

.
.


Rujukan:
Tafsir terjemahan darul iman






No comments:

Post a Comment