Bismillahirrahmanirrahim.
.
.
"Dia menciptakan langit tanpa tiang sebagaimana kamu melihatnya, dan dia meletakkan gunung-gunung (dipermukaan) bumi agar ia (bumi) tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembangbiak segala macam jenis makhluk bergerak yang bernyawa di bumi. Dan Kami turunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik"
[Luqman (31):10]
.
.
..
Langit di sekitar Rumah Hijau, Kompleks Agrotek, UPM (Subhanallah!).
Langit di sekitar Rumah Hijau, Kompleks Agrotek, UPM (Subhanallah!).
.
.
.

Langit di sekitar Rumah Hijau, Ladang 2, UPM (Subhanallah!)
.
.
.
Pasti ramai dikalangan kita yang sangat cintakan permandangan. Istilah inggeris untuk pencinta alam dipanggil Nature-lover. Kebanyakan gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar juga cantik disebabkan adanya permandangan ciptaan Allah. Tahukah anda kenapa apabila mata kita memandang alam ciptaan Allah, kita jadi terpegun atau terpaku?
.
.
.
Sebenarnya permandangan yang kita lihat sedang bergerak mengikut apa yang telah ditetapkanNya. Sebab itu semuanya kelihatan cantik, disebabkan alam ini mengikut Sunnatullah (Ketetapan Allah). Alam pun turut emndengar perintah Allah. Subhanallah!
.
.
.
Permandangan di atas awan dari kapal terbang (Subhanallah!)
.
.
.
Alam beredar dan bergerak mengikut apa yang ditetapkan Allah. Contohnya, selepas siang akan datangnya malam, bila waktu malam bumi akan gelap bila waktu siang bumi akan terang, bumi berputar mengikuti orbitnya mengelilingi matahari, hujan yang turun akan menyuburkan tumbuh-tumbuhan dan minuman untuk haiwan seterusnya merupakan rezeki kepada manusia. Subhanallah cantikkan perancangan Allah?
.
.
..
"Yang memiliki kerajaan langit dan bumi, tidak mempunyai anak, tidak ada sekutu bagiNya dalam kekuasaanNya, dan Dia menciptakan sesuatu, lalu menetapkan ukuran-ukurannya dengan tepat"
[Al-Furqan (25):2]
.
.
.
Cuba bayangkan jika malam saja, siang tidak muncul? Mesti kita sebagai manusia tidak dapat pergi bekerja atau ke sekolah kerana gelap. Para petani (saya la antaranya kan) pula tiada hasil kerana pokok-pokok yang ditanam tidak dapat menjalankan proses fotosintesis akibat malam memanjang. Entah apa pula yang akan jadi jika planet-planet berputar sesuka-hati tanpa ikut orbitnya, sudah tentu akan berlanggar antara satu sama lain. MasyaAllah...
..
..
..
Sebagai manusia, kita juga perlu ambil ibrah dengan melihat ciptaan Allah (itulah tadabbur alam). Alam semesta semuanya ikut peraturan Allah, hasilnya sangat luar biasa cantik. Begitu juga dengan manusia, sebagai muslim jangan kita berasa malu dan malas untuk amalkan ajaran Islam, kerana dengan mengikut Sunnatullah, barulah kita dapat jadi muslim yang hebat dan luar biasa dapat menyumbang kepada kemenangan Islam kelak. InsyaAllah.
.
.
.
Adakah masalah zina dan buang anak anak luar nikah disebabkan manusia tidak mengikut Sunnatullah? Fikir-fikirkan..
.
.
.
.
.
Si Kaka pun suka tengok pokok dan burung-burung dari tingkap tau!
No comments:
Post a Comment