Saturday, July 4, 2009

dilema: belajar @ bekerja?

Alhamdulillah.







Aku dah ada blog sendiri. Yeah! Dah lama rancang tapi baru sekarang rajin pula. Bukan apa, cuma nak elak dari melalut menulis yang bukan-bukan. Dengan keinginan yang ada, aku nak mengunakan medium blog ini untuk belajar 'menulis'. Diharapnya apa yang dicatat di sini bermanfaat dan niatnya untuk mengharap redha Allah. Takut jika apa yang dilakukan sehari-harian tidak mandapat redhaNya, maka akan jadi sia-sia. Tiada pahala, bahkan mungkin mendapat dosa pula. Nauzubilahiminzalik.








Berakhir sudah dunia degree, bermula kini dunia master. Gulp~




Hari ini, aku nak tulis tentang apa yang saya lalui sebelum mendaftar master tempoh hari. Perasaan yang bercampur baur ditambah pula dengan homesick, buat hati ini malas nak sambung belajar sebenarnya. Awal perancangan aku nak bekerja selepas grad. Kononnya nak run ladang sendiri. Tapi lain dirancang lain pula yang jadi. Tapi alhamdulillah, perancangan Allah lebih cantik. Selepas beberapa kali solat sunat istikharah, Allah memudahkan aku untuk segala urusan untuk sambung belajar. Dengan yakin, aku buat keputusan untuk sambung master di medan tercinta, UPM! Tempat aku bertemu tarbiyah. Tempat aku belajar apa itu tarbiyah dan dakwah. Daripada seorang yang hanyut cinta dunia kepada seorang yang larut dalam cintaNya. Subhanallah moga diri ini terus istiqamah. InsyaAllah dengan niat utama untuk mendapat redhaNya, aku pun menguatkan langkah untuk berdepan dengan jihad ilmu. Aah, pergi jalan sama bisikan jahat kau, syaitan!, innallah ha maa'na. Paling penting, aku perlu sentiasa perbaharui niat sambung belajar kerana ALLAH SWT. Kata my bestie "Tiada mustahil, redah aje Farez, insyaAllah!"





“Setiap amal perbuatan itu bergantung pada niatnya dan setiap orang akan dapat apa yang diniatkan”

(HR Imam Bukhari & Muslim)






Punyalah nak cari kekuatan nak sambung belajar, makanya sebagai persediaan awal aku dah pun membeli peralatan tulis baru l.e.n.g.k.a.p, jaga mutabaah (jadual ibadah sunat spt. qiamullail, tilawah, dhuha, almatsurat dll. insyaAllah), interview kawan-kawan yang sedang ambil master/phD., set up jadual harian, jadual sepanjang semester dan jadual projek master aku yang bakal menanam rock melon (Cucumis melo). Semangat2!




Dengan keluarga pula, alhamdulillah setelah duduk berbincang bersama mereka, akhirnya aku dapat restu, “Belajarlah, mak abah nak kau manfaatkan ilmu bila mak abah dah takde nanti. Jangan lupa tengok2kan adik juga”. Sayu pula bila teringat. Pada aku jika ada peluang untuk sambung belajar walaupun pada mulanya terasa berat, pertimbangkan dengan mohon petunjuk Allah.







Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 
[2:216]







Katakanlah, “Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sebenarnya hanya orang yang berakal sehat yang dapat menerima pelajaran. 
[39:9]








Dan apabila dikatakan, “Berdirilah kamu,” Maka berdirilah, nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang berilmu. Dan Allah Maha Teliti dengan apa yang kamu kerjakan. 
[58:11]






Teringat kata-kata seorang sahabat seiman, “Kadangkala Allah bagi petunjuk istikharah kita dengan memudahkan salah satu pilihan yang kita ada”. Itulah yang aku alami. Senang pula prosedure nak buat pemohonan apa-apa yang berkaitan daftar masuk. Tinggal tunggu surat jawapan untuk biasiswa. Yang bestnya semalam supervisor aku, Prof. Dr. R offer untuk jadi RA (Research Asistant) sementara tunggu tawaran biasiswa. Alhamdulillah. Kata Prof. "Gaji tak seberapa ni cukup lah dapat bantu kamu duit untuk makan minum sementara tunggu scholarship". Thanks Prof.!
.
.
THANK YOU ALLAH!







Rujukan:

1) Tafsir Terjemahan Darul Iman


2) Hadith Arba'in An-Nabawiyah dan Terjemahannya