Alhamdulillah.
Aku dah ada blog sendiri. Yeah! Dah lama rancang tapi baru sekarang rajin pula. Bukan apa, cuma nak elak dari melalut menulis yang bukan-bukan. Dengan keinginan yang ada, aku nak mengunakan medium blog ini untuk belajar 'menulis'. Diharapnya apa yang dicatat di sini bermanfaat dan niatnya untuk mengharap redha Allah. Takut jika apa yang dilakukan sehari-harian tidak mandapat redhaNya, maka akan jadi sia-sia. Tiada pahala, bahkan mungkin mendapat dosa pula. Nauzubilahiminzalik.

Berakhir sudah dunia degree, bermula kini dunia master. Gulp~
Hari ini, aku nak tulis tentang apa yang saya lalui sebelum mendaftar master tempoh hari. Perasaan yang bercampur baur ditambah pula dengan homesick, buat hati ini malas nak sambung belajar sebenarnya. Awal perancangan aku nak bekerja selepas grad. Kononnya nak run ladang sendiri. Tapi lain dirancang lain pula yang jadi. Tapi alhamdulillah, perancangan Allah lebih cantik. Selepas beberapa kali solat sunat istikharah, Allah memudahkan aku untuk segala urusan untuk sambung belajar. Dengan yakin, aku buat keputusan untuk sambung master di medan tercinta, UPM! Tempat aku bertemu tarbiyah. Tempat aku belajar apa itu tarbiyah dan dakwah. Daripada seorang yang hanyut cinta dunia kepada seorang yang larut dalam cintaNya. Subhanallah moga diri ini terus istiqamah. InsyaAllah dengan niat utama untuk mendapat redhaNya, aku pun menguatkan langkah untuk berdepan dengan jihad ilmu. Aah, pergi jalan sama bisikan jahat kau, syaitan!, innallah ha maa'na. Paling penting, aku perlu sentiasa perbaharui niat sambung belajar kerana ALLAH SWT. Kata my bestie "Tiada mustahil, redah aje Farez, insyaAllah!"
“Setiap amal perbuatan itu bergantung pada niatnya dan setiap orang akan dapat apa yang diniatkan”
(HR Imam Bukhari & Muslim)
Punyalah nak cari kekuatan nak sambung belajar, makanya sebagai persediaan awal aku dah pun membeli peralatan tulis baru l.e.n.g.k.a.p, jaga mutabaah (jadual ibadah sunat spt. qiamullail, tilawah, dhuha, almatsurat dll. insyaAllah), interview kawan-kawan yang sedang ambil master/phD., set up jadual harian, jadual sepanjang semester dan jadual projek master aku yang bakal menanam rock melon (Cucumis melo). Semangat2!
Dengan keluarga pula, alhamdulillah setelah duduk berbincang bersama mereka, akhirnya aku dapat restu, “Belajarlah, mak abah nak kau manfaatkan ilmu bila mak abah dah takde nanti. Jangan lupa tengok2kan adik juga”. Sayu pula bila teringat. Pada aku jika ada peluang untuk sambung belajar walaupun pada mulanya terasa berat, pertimbangkan dengan mohon petunjuk Allah.
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
[2:216]
[2:216]
Katakanlah, “Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sebenarnya hanya orang yang berakal sehat yang dapat menerima pelajaran.
[39:9]
[39:9]
Dan apabila dikatakan, “Berdirilah kamu,” Maka berdirilah, nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang berilmu. Dan Allah Maha Teliti dengan apa yang kamu kerjakan.
[58:11]
[58:11]
Teringat kata-kata seorang sahabat seiman, “Kadangkala Allah bagi petunjuk istikharah kita dengan memudahkan salah satu pilihan yang kita ada”. Itulah yang aku alami. Senang pula prosedure nak buat pemohonan apa-apa yang berkaitan daftar masuk. Tinggal tunggu surat jawapan untuk biasiswa. Yang bestnya semalam supervisor aku, Prof. Dr. R offer untuk jadi RA (Research Asistant) sementara tunggu tawaran biasiswa. Alhamdulillah. Kata Prof. "Gaji tak seberapa ni cukup lah dapat bantu kamu duit untuk makan minum sementara tunggu scholarship". Thanks Prof.!
.
.
.
.
THANK YOU ALLAH!
Rujukan:
1) Tafsir Terjemahan Darul Iman
2) Hadith Arba'in An-Nabawiyah dan Terjemahannya
Assalamualaikum al ukht Fariza,
ReplyDeleteAlhamdulillah akhirnya sahabat saya seorang ni sudah pun dapat tawaran master.InsyaALLAH Fariza, dengan beberapa ilmu & pengalaman yg nti peroleh semasa undergraduate dulu gunakanlah untuk menimba ilmu di peringkat master ni.
Ya, tak silap ana minggu depan nti akan naik sem kan?InsyaALLAH ana yakin pada ALLAH bahawa sahabat ana mampu untuk bejihad dalam menuntut ilmu juga.Farez, yeah teruskan membuat 'planning' & 'list to do' setiap hari & paling penting susunkan kesemua perkara mengikut 'priority' (aulawiyat).InsyaALLAH nti pasti berjaya!
Ana tahu nti anak sulung. Besar tanggungjawab kita sebagai 'eldest sister'.Mak & abah sangat mengharapkan kita.I know ur feeling because we are the same condition!Whatever it is, the most important is ur 'intention'(niat).ALLAH akan mengangkat darjat bagi orang yang berilmu.Farez nak menuntut ilmu sebab apa? Sebab Farez nak lebih mendekatkan diri kepada ALLAH,terasa kagum dengan kehebatanNya & paling penting juga kita nak sumbangkan kepada Islam.
Farez ingat tak waktu kita belajar sama2 dulu time undergraduate?Kita belajar sebab kita nak tahu bukan kita belajar sebab kita kena belajar.Lainkan???
Ana ingin tinggalkan nti dengn beberapa ayat Al-Quran sebagai peringatan & semangat bagi diri ini terutamanya & nti yg ana kasihi kerana ALLAH..
“Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap”
(Al-Insyirah:5-8)
“Sekiranya hambaKu bertanyakan kau (Muhammad) berkenaan Aku, maka sesungguhnya Aku adalah amat dekat”
(Al-Baqarah:186)
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) ALLAH, nescaya Dia akan menolongmu dan mengukuhkan kedudukanmu”
(Muhammad:7)
Dan ana ingin kongsikan dengan nti beberapa frasa yang ana sangat suka
“ Takdir Tuhan itu berada di hujung usaha manusia”
~Ayat-Ayat Cinta, Habibburrahman El-Shirazy~
“ Success is the ability to go from one failure with no loss of enthusiasm”
~kata-kata ayah saya~
“ Melakar langit sejarah, membina awan impi, bila aku menjejak, maka ia akan menjadi pasti”
~Langitilahi, Hilal Asyraf~
Jadi, sebenarnya tiada siapa dapat mengubah nasib kita melainkan dengan diri kita sendiri yang mengubahnya..
Ana tahu sahabt setiap kata2 yg ana sampaikan kepada orang lain,ana juga akan diuji..Teruskanlah usahamu sahabat.Kukirimkan doa buat ukhtiku Norfariza Abd Razak moga dirimu tabah,sentiasa mendapat rahmatNya,ditambahkan amal kebajikan sbgai bekalan di Akhirat kelak serta tsabat (kekal) dalam perjuangan.Amin..Uhibbukifillah hubban jamman ya ukhti..
~yg sentiasa mengharapkan doa drp sahabat2nya~
~mutiara-mutiara bertaburan~