Showing posts with label student'slife. Show all posts
Showing posts with label student'slife. Show all posts

Friday, January 25, 2013

FOCUS, would you be my bff?

Bismillahirrahmanirrahim.
.
>
Life as a post-graduate student.
Arghh..its really tough enough! 
Terutama bagi orang yang 'sederhana' dalam performance akademiknya..macam aku.
Aku kena ganda usaha dan fokus lebih tinggi daripada kawan-kawan aku yang lain.
Cabarannya: mengekalkan prestasi dari awal sampai ke titisan terakhir.
Aku dah sem 6.
Alhamdulillah settle sudah semua 3 projek dengan objektif yang berbeza.
Aku dapat fokus dengan 2 projek yang awal tu, tapi lagi 1 tu..aku dah mula hilang fokus..Allahurobbi ;(
.
.
Aku ada terbaca kualiti postgraduate yang berjaya (penulisnya tuju kepada phD's student., aku buat master). Point yang aku ingat:
.
1) Ilmu yang kamu ada melebihi sempadan ilmu orang biasa, itu kelebihan! Cabarannya kamu perlu yakinkan panel tentang research kamu. bersedia untuk dikritik..gagal..dan bangun semula (mungkin ia berlaku berulang-ulang ohhh). Jadi, kena tabah setabah-tabahnya..!
.
2) Persaingan yang garang (baca: fierce competition), err persaingan sengit kut. Apa objektif kamu sebagai postgraduate student? Nak jadi professor? Dunia research adalah untuk menyelesaikan masalah. Kalau nak jadi professor kamu bukan selesaikan satu masalah..banyak masalah woo, baru layak dapat title as a professor. Jadi, kamu perlu sangat aktif dan agresif dalam menyempurnakan research kamu. Reseacher lain dalam bidang kamu perlu mengenali kamu dan tahu apa research yang kamu buat! Kamu perlu buat mereka berminat dengan research kamu..!
.
3) Postgraduate student perlu mampu menyuarakan idea dengan jelas..! Secara in person or in writing. you have to spoon-feed (baca: suap) the expert. Maksudnya jangan peningkan expert untuk memahami research anda. Buat mereka rasa yang anda berjaya discover sesuatu! Belajarlah writing dari sekarang (nasihat penulis ni terutama kepada new students, tak semestinya bidang research kamu, nasihatnya buatlah blog)



Erm..dah semester 6 baru tahu point-point yang best ni, takpelah alhamdulillah.




Lagi satu sharing dari seorang post-doc yang sudi check writing aku..




"Writing thesis is very easy, Farija. Your thesis is your own story, it should have the beginning and the ending. But you need to focus"




Well doc, thats my major problem. FOCUS!




Get back on the track, fariza!


Ehem..FOCUS, would you be my bff?


                                                            jejong layan utube dan sangat fokus lol


# Target to submit complete thesis on June 2013, ALLAHUMMAAMIN. pray for me!











Saturday, July 4, 2009

dilema: belajar @ bekerja?

Alhamdulillah.







Aku dah ada blog sendiri. Yeah! Dah lama rancang tapi baru sekarang rajin pula. Bukan apa, cuma nak elak dari melalut menulis yang bukan-bukan. Dengan keinginan yang ada, aku nak mengunakan medium blog ini untuk belajar 'menulis'. Diharapnya apa yang dicatat di sini bermanfaat dan niatnya untuk mengharap redha Allah. Takut jika apa yang dilakukan sehari-harian tidak mandapat redhaNya, maka akan jadi sia-sia. Tiada pahala, bahkan mungkin mendapat dosa pula. Nauzubilahiminzalik.








Berakhir sudah dunia degree, bermula kini dunia master. Gulp~




Hari ini, aku nak tulis tentang apa yang saya lalui sebelum mendaftar master tempoh hari. Perasaan yang bercampur baur ditambah pula dengan homesick, buat hati ini malas nak sambung belajar sebenarnya. Awal perancangan aku nak bekerja selepas grad. Kononnya nak run ladang sendiri. Tapi lain dirancang lain pula yang jadi. Tapi alhamdulillah, perancangan Allah lebih cantik. Selepas beberapa kali solat sunat istikharah, Allah memudahkan aku untuk segala urusan untuk sambung belajar. Dengan yakin, aku buat keputusan untuk sambung master di medan tercinta, UPM! Tempat aku bertemu tarbiyah. Tempat aku belajar apa itu tarbiyah dan dakwah. Daripada seorang yang hanyut cinta dunia kepada seorang yang larut dalam cintaNya. Subhanallah moga diri ini terus istiqamah. InsyaAllah dengan niat utama untuk mendapat redhaNya, aku pun menguatkan langkah untuk berdepan dengan jihad ilmu. Aah, pergi jalan sama bisikan jahat kau, syaitan!, innallah ha maa'na. Paling penting, aku perlu sentiasa perbaharui niat sambung belajar kerana ALLAH SWT. Kata my bestie "Tiada mustahil, redah aje Farez, insyaAllah!"





“Setiap amal perbuatan itu bergantung pada niatnya dan setiap orang akan dapat apa yang diniatkan”

(HR Imam Bukhari & Muslim)






Punyalah nak cari kekuatan nak sambung belajar, makanya sebagai persediaan awal aku dah pun membeli peralatan tulis baru l.e.n.g.k.a.p, jaga mutabaah (jadual ibadah sunat spt. qiamullail, tilawah, dhuha, almatsurat dll. insyaAllah), interview kawan-kawan yang sedang ambil master/phD., set up jadual harian, jadual sepanjang semester dan jadual projek master aku yang bakal menanam rock melon (Cucumis melo). Semangat2!




Dengan keluarga pula, alhamdulillah setelah duduk berbincang bersama mereka, akhirnya aku dapat restu, “Belajarlah, mak abah nak kau manfaatkan ilmu bila mak abah dah takde nanti. Jangan lupa tengok2kan adik juga”. Sayu pula bila teringat. Pada aku jika ada peluang untuk sambung belajar walaupun pada mulanya terasa berat, pertimbangkan dengan mohon petunjuk Allah.







Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 
[2:216]







Katakanlah, “Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sebenarnya hanya orang yang berakal sehat yang dapat menerima pelajaran. 
[39:9]








Dan apabila dikatakan, “Berdirilah kamu,” Maka berdirilah, nescaya Allah akan mengangkat (darjat) orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang berilmu. Dan Allah Maha Teliti dengan apa yang kamu kerjakan. 
[58:11]






Teringat kata-kata seorang sahabat seiman, “Kadangkala Allah bagi petunjuk istikharah kita dengan memudahkan salah satu pilihan yang kita ada”. Itulah yang aku alami. Senang pula prosedure nak buat pemohonan apa-apa yang berkaitan daftar masuk. Tinggal tunggu surat jawapan untuk biasiswa. Yang bestnya semalam supervisor aku, Prof. Dr. R offer untuk jadi RA (Research Asistant) sementara tunggu tawaran biasiswa. Alhamdulillah. Kata Prof. "Gaji tak seberapa ni cukup lah dapat bantu kamu duit untuk makan minum sementara tunggu scholarship". Thanks Prof.!
.
.
THANK YOU ALLAH!







Rujukan:

1) Tafsir Terjemahan Darul Iman


2) Hadith Arba'in An-Nabawiyah dan Terjemahannya